Mengenai Master Mech

image

Bajaj Master Mech adalah satu acara kemahiran dan pengiktirafan kepada semua mekanik seluruh dunia yang berkemahiran membaikpulih jentera Bajaj.

  • Ia adalah satu platform unik yang memberi para mekanik peluang untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka..
  • Mekanik di seluruh dunia boleh menjadi sebahagian daripada program ini dengan mendaftar dalam talian untuk menyertai pertandingan di negara masing-masing.
  • Mereka akan melalui satu siri ujian pada tahap yang berbeza (Peringkat Bandar, Peringkat Negeri & Peringkat Kebangsaan).
  • Pada setiap peringkat, mereka akan melalui sesi ujian bertulis, lisan dan praktikal yang mencabar. Mereka diuji bukan sahaja pada kelajuan dan ketepatan, tetapi juga pengetahuan mereka tentang prosedur baikpulih / diagnostik serta kerja berpasukan.
  • Semasa peraduan ini, para peserta berpeluang bertemu rakan-rakan sejawatan dari seluruh bandar/negeri/negara dan dunia. Mereka berkongsi pengalaman, menambah pengetahuan, mengasah kemahiran terhadap jentera-jentera Bajaj dan bertemu rakan baharu.

Mekanik terbaik di peringkat – bandar/wilayah/kebangsaan akan diiktiraf dan diberi ganjaran.

Pemenang di peringkat kebangsaan berpeluang menyertai pertandingan serupa di peringkat antarabangsa dan mekanik terbaik akan mendapat anugerah Master Mech Dunia.